Monday, May 24, 2010

Tuesday, May 4, 2010

Comments on Not So Generous - extracted from Chedet - to be noted - will be analysed

Salam Tun,
1) Komen saya dalam entri "Malaysia's Genorosity", Tun tak siarkan. Its OK. Harap Tun buat apa yang patut demi HAK.
2) Walau pun Petronas di'jemput' untuk bersama-sama libat dalam blok tersebut secara " commercial participation", akhirnya Petronas sekali-kali tidak akan mendapat keuntungan semaksimanya.
3) Petronas dengan 'interference' isteri seorang pimpinan tertinggi serta yang lain akan pasti memberi kesan buruk kepada pendapatan Petronas yang akhirnya akan mengurangkan pendapatan negara untuk 'sustain' pembangunan untuk rakyat khasnya.
4) Perampokan secara "halal" keuntungan Petronas telah lama berlaku. Pimpinan Tertinggi Petronas yang saya dapat dekati dan menjadi sahabat ialah Allahyarham Tun Abdullah Salleh. Semasa beliau memimpin Petronas Tan Sri Ananda Krishnan bebas merancang untuk 'buat duit' dalam Petronas. Tan Sri Ananda mengumpul kekayaan sebenar di Petronas dengan 'sokongan' Tun. Maknanya Tun, siapa dapat menguasai Petronas secara langsung atau tidak akan pasti berasa "secured". Berapa banyak komisyen USD per barrel tong minyak mentah Malaysia saperti tapis dll dibayar kepada ???
5) Urusniaga "Crude Oil" ini bukan diantara "end user dan seller". Peringkat awalan perundingan dijalankan oleh "broker" yang dilantik pihak seller ( Petronas ) dan "broker" yang dilantik buyer/end user. Sekiranya satu2 urusniaga contohnya Petronas nak jual 50,000 barrel per day, akan dilantiklah "broker" oleh Petronas yang 'diarah' PPM untuk mewakili Petronas jual kepada "end-user". Untuk pengetahuan Tun minyak mentah hanya boleh dijual kepada "end-user" sahaja. Dan setelah perundingan sudah hampir kepada menanda-tangani "agreement" itu, nama-nama untuk dibayar komisyen akan diberi. Ianya 'straight forward' punya dealing. Broker kedua belah pihak akan berusaha sehingga hari perjanjian di meterai. Pada hari perjanjian dimeterai itu yang ada hanya wakil SUPPLIER (PETRONAS) DAN END-USER ( BIG CORPORATION SPT MITSUBISHI ATAU LAIN )
6) Pembayaran komisyen dibayar terus ke akaun bank ( kebiasaannya off-shore bank ) "broker" yang terlibat saperti pembesar negara, ahli perniagaan antarabangsa yang terkenal dalam crude-oil dll. Kalaulah perjanjian pembelian minyak mentah Malaysia yang digali PETRONAS adalah 100,000 tong sehari selama 40 tahun berapakah komisyen sebagai contohnya 1usd setong ? Bila di jumlahkan ianya akan sampai kepada 100,000 USD sehari pendapatan "broker" tersebut ! Pembayaran dibuat ikut perjanjian selama 40 tahun. Perlu diingat pembayaran dibuat setiap hari.
7) Ini baru "broker" pihak Petronas yang di "endorsed" PPM.Berapa banyak sales crude-oil yang telah dibuat ? Siapakah yang dapat duit komisyen tersebut. Saya nak usik sikit Tun.....berapa banyak komisyen Tun Musa Hitam dapat hari-hari dari penjualan "PARCEL" YANG MELIBATKANNYA ? Berapa banyak kah...........dapat ? Tun lebih mengetahui. Sebab itu usaha telah, sedang dan akan dibuat untuk 'merompak' Petronas !
8) Pendek kata PETRONAS adalah LUBUK EMAS !
9) PETRONAS apabila dikuasai oleh mereka yang tamak dan tidak amanah akan berebut HARTA KARUN PETRONAS. Dengan kuasa eksekutif dalam PETRONAS, seseorang boleh sapu duit Petronas dengan 'outsource' service untuk PETRONAS walaupun PETRONAS mampu melakukannya. Kompeni yang di'outsource'kan PETRONAS biasanya orang dalam PETRONAS ada kepentingan. Tanyalah Tan Sri Hassan Merican, Pak Lah, KJ, Kalimullah dll. Atau pun Tun tanyalah diri sendiri. Keuntungan Petronas boleh dikecutkan cara 'halal'oleh yang 'berkuasa'.
10) Mereka yang ambil kesempatan atas PETRONAS adalah PENGKHIANAT NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.
11) Tun, seorang pemimpin apabila malaksanakan pembangunan negara harus akan merasai 'kerugian'. Untung atau rugi sesuatu projek setelah mesyuarat ada "khair". Mesyuarat untuk meluluskan apa sahaja projek pembangunan negara harus meletakkan keutamaan Negara dan bukan KERAJAAN. Bagi saya kejayaan seseorang pemimpin dalam membuat keputusan pembangunan tanpa melibatkan kepentingan peribadi ( kepentingan partinya, politiknya dll)adalah orang yg berjaya walau pun hasil dari projek tersebut tidak mencapai keuntungan yang sepatutnya.
12) Rakyat Malaysia bukanlah forgiving dengan pendedahan Tun mengenai MALAYSIA'S GENEROSITY, tetapi ianya adalah gambaran kepada usaha semenjak DSAI dipecat sehingga akhirnya 'kuasa' Pak Lah sebagai PM untuk "assasinate Tun" dari sudut karektor dan politik. Adakah mereka telah berjaya ?
13) Mengapa ini berlaku ? Saya rasa budaya Melayu akan sentiasa akur dengan mereka yang ada KUASA saperti Menteri Perdana contohnya. Apabila seseorang yang tiada JAWATAN bercakap perkara benar sekali pun susah untuk diterima. Hanya sedikit yang 'akur' dengan pendedahan Tun.
14) Tetapi apabila susana ekonomi dalam negara gawat sehingga " kais pagi makan pagi, kais petang makan petang " tak mampu oleh bangsa Melayu khususnya, barulah segala kepincangan akan diungkit. Pendedahan Tun mengenai Pak Lah hanyalah sebagai 'dendam' dan BUKAN demi kepentingan NEGARA DAN RAKYAT.
15) Perkara yang sebesar itu tidak seharusnya diketengahkan kepada masyarakat umum tetapi diselesaikan diperingkat Tertinggi Kepimpinan Negara. Adakah pendedahan Tun itu satu isyarat yang DSN tidak pedulikan pandangan dan nasihat Tun ? Kalau itulah keadaannya saya syorkan kepada TUN buatlah apa yang patut disebalik tabir untk selamatkan Khazanah Negara.
16 ) Dalam politik TIDAK ADA SESUATU BERLAKU SECARA 'ACCIDENT'.
17) Adakah Tun ada matlamat lain ? Kalau matlamat itu dapat menghancurkan pengkhianat saya amat setuju dan terharu dengan usaha Tun. Semoga Tun dilindungi Allah.
TK